Kualiti
albumprima July 14th, 2008
Kualiti memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah album perkahwinan. Setiap helai mukasurat akan dicetak (bukan inkjet) dengan kertas dan bahan pemprosesan cetakan yang bermutu tinggi sahaja. Setiap helaian akan di UV dan dikelilingi dengan ribbon berpelekat. Pada setiap bucu atas dan bawah akan dikepil dengan klip besi. Ribbon dan klip besi ini adalah untuk menjamin album tersebut tahan lebih lama dan nampak lebih kemas, menarik dan meyakinkan pelanggan anda.

Setiap helaian akan di UV sepenuhnya
Antara ciri-ciri unik Album Prima…

Bahagian tengah yang bersambung

Setiap bucu dikepil dengan besi

Dikelilingi dengan ribbon keselamatan
Kami menggunakan mesin pembuat album bermutu tinggi yang diimport khas. Jangkamasa siap setiap album adalah tujuh hari bekerja. Harga kami adalah termasuk kos penghantaran di mana saja dalam Malaysia.

Ramai bertanya, adakah ini custom album yang ditampal menggunakan doublesided tape? TIDAK. Kami tidak akan memberikan album seperti ini. Semua proses menggunakan mesin dan hasilnya amat berkualiti. Untuk kepastian, sila hubungi kami untuk melihat sendiri mutu album yang kami hasilkan.
- Comments(0)