Pesanan
albumprima July 14th, 2008
Amat mudah untuk anda membuat pesanan. Tetapi, hanya jurufoto sahaja kami utamakan. Anda hanya perlu mempunyai laman web peribadi seperti fotopages, flickr atau sebagainya sebagai bukti anda merupakan seorang jurufoto.
Nyatakan URL laman web anda semasa membuat pendaftaran di link ini sebelum kami mengesahkan pendaftaran dan membuat akaun peribadi anda.
Semua maklumat saiz, kos serta cara pembayaran dan penghantaran ada di dalam akaun anda. Anda juga tidak perlu download apa-apa perisian khas untuk upload artwork anda. Semuanya dilakukan 100% dari dalam akaun anda. Amat mudah dan menyenangkan.
Antara beberapa soalan lazim….
Kenapa tidak dinyatakan kos album dan segala-galanya secara terus dalam web ini? Ini adalah untuk menjaga kepentingan anda sebagai jurufoto dengan pelanggan anda.
Berapa lamakah proses membuat album oleh Album Prima? Setelah kami menerima 100% pembayaran dan gambar yang telah anda upload, tempoh disiapkan adalah dalam masa 7 hari bekerja.
Adakah kos album termasuk kos penghantaran? Ya! Semuanya termasuk kos penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier NATIONWIDE. Ini bermakna, walau di mana anda berada, album akan anda terima dalam masa 7 hari bekerja. Tetapi, jika anda hendak mengambil sendiri album yang anda pesan juga kami terima.
Bolehkah kami mempercayai anda? Sudah tentu anda boleh mempercayai kami. Anda boleh datang sendiri melihat contoh-contoh album dan berjumpa dengan kakitangan kami.
Bagaimana mutu Album Prima? Apa yang menjadi keutamaan kami adalah mutu cetakan dan penghasilan album yang berkualiti. Adalah lebih baik jika anda datang melihat sendiri contoh-contoh cetakan dan album yang telah siap.
Bolehkah saya mendapatkan contoh hasil cetakan pada album? Sudah tentu boleh. Sila hubungi kami untuk mendapatkan contoh cetakan dengan hanya membayar kos kurier.
Jika ada pertanyaan yang masih tidak terjawab atau anda masih ada kemusykilan, jangan segan untuk menghubungi kami. Kami sedia menerima teguran demi memberikan hasil terbaik untuk anda.

- Comments(0)